Tekstil

Seni kraf yang meliputi batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain.


Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.

Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: